BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

United belasah Sounders

SEATTLE: Wayne Rooney meledakkan hatrik dalam tempoh 21 minit pada separuh masa kedua ketika Manchester United membelasah Seattle Sounders 7-0 pada perlawanan persahabatan.
Michael Owen membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi tandukan cantik menewaskan bekas penjaga gol Liga Perdana Inggeris (EPL), Kasey Keller.

Jaringan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama hasil kecekapan Keller yang menafikan banyak cubaan United termasuk cubaan berbahaya Owen pada lewat separuh masa pertama.
Bagaimanapun, selepas memasuki babak kedua, pasukan gergasi EPL itu mula menguasai permainan selepas kemasukan beberapa pemain utama termasuk Rooney, Park Ji Sung dan Mame Biram Diouf.

Diouf menjaringkan gol empat minit selepas babak kedua berlangsung.

Rooney meledakkan tiga gol pada minit ke-51, 69 dan 72. Park melebarkan jaringan pada minit ke-71 sebelum Gabriel Obertan melengkapkan kemenangan United dengan gol pada minit ke-88.


Ia adalah perlawanan persahabatan kedua United pada jelajah pra musim di Amerika Utara.

Mereka akan berkunjung ke Chicago untuk perlawanan bertemu seteru utama Seattle, Chicago Fire esok sebelum bertemu pasukan MLS All-Stars di Red Bull Arena, New York, Rabu depan. - AFP

0 comments:

There was an error in this gadget

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)