BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Ejen pencari kerja di Sarawak dipantau

KUCHING: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan sentiasa memantau ejen pencari kerja yang beroperasi di Sarawak bagi mengelakkan pekerja tempatan yang ingin bekerja di Singapura tidak terpedaya dengan tawaran pendapatan lumayan berikutan banyak aduan yang diterima.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata jabatan tersebut akan mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pencari kerja, termasuk mengadakan pertemuan dengan ketua masyarakat di peringkat daerah selain meningkatkan sebaran melalui media cetak dan elektronik.

"Setakat ini sebanyak 148 kes aduan telah diterima daripada Pejabat Atase Buruh Singapura yang melibatkan 57 warga Sarawak yang bekerja di sana dan laporan menunjukkan jumlah aduan semakin meningkat setiap bulan," katanya pada majlis dialog bersama majikan industri kecil sederhana (IKS) yang bertemakan "Majikan IKS Merealisasi Transformasi Negara" di sini hari ini.
Keadaan tempat tinggal yang kurang memuaskan merupakan aduan yang tertinggi diterima, iaitu 28 kes diikuti dengan tiada diberi cuti rehat (25 kes), terima kontrak yang berbeza seperti dijanjikan (21 kes) dan tempoh kerja yang panjang (18 kes).

Aduan lain yang sering diterima, termasuk tawaran kerja dan gaji yang di terima berlainan daripada yang dijanjikan, tiada diberi cuti sakit atau disediakan pengangkutan ke tempat pekerjaan.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)