BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Kim Swee tagih pemain berjuang

REALITINYA jurang antara pemain skuad pilihan Malaysia dengan barisan pemain bintang Chelsea memang ketara namun itu tidak bermakna jurulatih Ong Kim Swee mahu melihat anak buahnya menyerah awal tanpa bertarung.
Sebaliknya beliau mahu pasukan yang dibentuk dengan kehadiran sembilan pemain senior memberikan tentangan hebat kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris apabila mereka bertentang mata pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Saya mahu semua pemain berjuang sebagai satu pasukan, tunjukkan komitmen yang tinggi tidak kira apa yang berlaku dalam perlawanan dengan Chelsea nanti.
“Realitinya Chelsea pasukan yang hebat tapi kita kena bersemangat kuat dan memberikan tentangan sebaik mungkin kerana kita tidak boleh mudah mengalah apatah lagi beraksi di depan penyokong sendiri,” katanya yang mengharapkan sokongan padu penyokong tempatan malam ini.

Kim Swee terpaksa bergantung kepada pemain pengalaman selepas beberapa tonggaknya khususnya di bahagian pertahanan Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi kerana komitmen bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain senior yang mendapat tempat adalah Norhafiz Zamani Misbah (kapten), Mohd Badri Radzi, Mohd Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam, Joseph Kalang Tie, Hairudin Omar, Mohd Farizal Marlias, Sharulnizam Mustapa dan Mohd Amri Yahyah.
Kim Swee yang membimbing skuad Olimpik mara ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Olimpik London 2012 menurunkan pemain senior pada separuh masa pertama sebelum membuat pertukaran pemain Harimau Muda A pada babak kedua.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)