BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Jaringan kontroversi

TAK KENA...penyerang negara, Amri Yahya nyaris ‘diterajang’  pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, semalam.
TAK KENA...penyerang negara, Amri Yahya nyaris ‘diterajang’ pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, semalam.
SKUAD pilihan Malaysia berjaya mengembalikan maruah negara yang tercalar selepas dipersenda dua gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool yang mencatatkan kemenangan besar ke atas skuad utama negara minggu lalu.
Walaupun tewas kepada satu lagi kelab terbaik dunia, Chelsea dengan keputusan 0-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, itu sudah cukup untuk memuaskan hati 84,980 pminat yang hadir memberikan sokongan.

Blues nyata terpaksa berhempas pulas apabila perlu menunggu hingga minit ke-78 sebelum penyerang berbisanya, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi.
Ia berpunca daripada kesilapan Mohd Izham yang gagal menampan kemas sepakan terbabit sebelum melantun ke dalam gol selepas terkena bahagian belakangnya dan disahkan masuk oleh pengadil perlawanan, Mohd Subkiddin Mohd Salleh walaupun terdapat bantahan dari pemain Malaysia yang mengatakan bola itu belum melintasi garisan gol.

Jurulatih pilihan Malaysia, Ong Kim Swee nyata gembira dengan menganggapnya sebagai satu perlawanan yang biasa diharungi barisan pemain Olimpik negara.

“Kami sebenarnya bermain tanpa tekanan kerana sembilan pemain senior yang beraksi sejak permulaan berjaya mengelakkan sebarang gol dihasilkan lawan.

“Malah keyakinan itu memberi impak kepada pemain Olimpik negara pada separuh masa kedua yang percaya dapat melakukan kejutan namun lawan yang berjaya menjaringkan gol. Namun saya juga terpaksa melihat kembali jaringan itu sama ada sudah masuk atau sebaliknya,” kata jurulatih Olimpik negara itu.

Kim Swee juga percaya sembilan pemain senior itu wajar diberikan peluang untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa depan.

Antara pemain berpengalaman yang beraksi dengan cemerlang adalah penjaga gol, Mohd Farizal Marlias, Shahrulnizam Mustapha, S Subramaniam dan kapten pasukan Norhafiz Zamani Misbah.

“Untuk pemain Olimpik pula, saya akui mereka memang terlepas beberapa peluang keemasan dan ia menunjukkan mereka memerlukan lebih banyak perlawanan pendedahan. “Namun lawan juga terlepas peluang meledak gol,” katanya yang akan terbang ke Slovakia hari ini bersama anak buahnya untuk persiapan perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 Pada babak pertama perlawanan semalam, Chelsea memperoleh beberapa peluang terbaik untuk membuka jaringan namun sering kali dihampakan kekentalan barisan pertahanan negara yang diketuai Norhafiz Zamani dan Subramanian.

Namun pemain pilihan paling cemerlang adalah bekas penjaga gol utama negara, Mohd Farizal yang berjaya menyelamatkan gawang negara menerusi kecekapannya terutamanya menerusi percubaan Frank Lampard dan Patrick Van Aanholt dalam tempoh lima minit terakhir.

Pilihan Malaysia jelas memberikan tentangan menerusi gandingan sembilan pemain senior yang diturunkan namun gagal mengatur gerakan yang berkesan untuk menembusi barisan pertahanan lawan yang dikawal rapi dua pertahanan tengah lawan, Branislav Ivanovic dan Slobodan Rajkovic.

Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol sebelum jaringan Drogba pada minit ke-78, aksi anak buah jurulatih Olimpik negara sudah cukup membuatkan pengurus Blues yang baru, Andre Villas Boas tidak senang duduk.

Bersambung babak kedua Chelsea mengeluarkan hampir keseluruhan pemain yang beraksi pada separuh masa pertama seperti Fernando Torres, Florent Maluoda dan Lampard dan menggantikan dengan beberapa pemain bintangnya seperti kapten Blues, John Terry, John Obi Mikel, Didier Drogba, Ashley Cole dan Nicholes Anelka.

Mereka bagaimanapun terpaksa menanti sehingga sepakan percuma Drogba untuk mencatatkan kemenangan 1-0 dalam aksi pertama Jelajah Asia 2011.

0 comments:

There was an error in this gadget

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)