BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Polis tayang video perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia hari ini menayangkan video perhimpunan haram kepada 200 orang termasuk wakil media dan wakil peniaga serta pelbagai pihak yang menerima kesan akibat perhimpunan itu.
Ia turut ditayangkan kepada enam jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan khas untuk meneliti video perhimpunan berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid berkata penayangan video selama satu jam setengah itu, yang berlangsung di Bukit Aman, dibuat bagi menolak tohmahan sesetengah pihak kononnya, ketika menyuraikan perhimpunan itu, polis bertindak kasar termasuk terhadap Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.
Satu lagi dakwaan ialah berhubung kematian seorang lelaki bernama Baharudin Mat Isa tetapi ini dibuktikan tidak benar daripada rakaman kamera litar tertutup bahawa dia tidak terkena semburan gas pemedih mata.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)