BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Luna Maya arah klip video band baru Elora

JAKARTA: Setelah berjaya mengarahkan klip video untuk Dea Ananda, Dimas Beck dan dua kumpulan baru, kali ini Luna Maya mengarahkan satu lagi klip video untuk sebuah kumpulan baru, Elora yang anggotanya semua adalah wanita.
Untuk klip video ini, Luna membawa tema yang sedikit berbeza. Kekasih Ariel ini ingin mencari kelainan yang boleh menonjolkan personaliti ahli kumpulan itu.

“Konsepnya, kecantikan kerana anggota kumpulan ini semuanya wanita. Saya inginkan satu yang segar dan bersih. Kalau sebelum ini kami sering bermain dengan warna gelap, kali ini kami memilih warna-warni dan lebih natural untuk memperlihatkan kecantikan mereka.”

Kata Luna, pada mulanya dia ingatkan Elora adalah penyanyi solo, tetapi setelah mengetahui bahawa ia adalah satu kumpulan, dia terpaksa mengubah konsep klip video itu.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)