BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Album Imam Muda kini di pasaran

PENANTIAN lebih 10 minggu akhirnya terjawab apabila pensyarah berusia 26 tahun, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza diumumkan sebagai Imam Muda pada malam Kemuncak Imam Muda Musim Kedua yang disiarkan secara langsung di Astro Oasis saluran 106.
Susulan daripada sambutan baik yang diberikan, KRU Studios dengan kerjasama Astro Oasis mengambil langkah strategik dengan menerbitkan album kompilasi Imam Muda, Memecah Tradisi. 
Album yang julung kali diterbitkan ini mengandungi lapan lagu iaitu Pejuang Agama, Zikir, Ujian Hidup, HambaMu, Selawat Ke Atas Nabi SAW manakala tiga lagu lain instrumental - Pejuang Hidup, Ujian Hidup dan HambaMu.

Menariknya album ini, dua daripadanya ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Edry Abdul Halim iaitu Pejuang Agama nyanyian Imam Muda 2 yang juga taruhan Edry agar ia dapat diterima peminat dan satu lagi lagu Ujian Hidup nyanyian Imam Muda musim pertama, yang dirasakan Edry tidak kurang menariknya.

Album ini turut memuatkan lagu bonus juga berupa lagu tema Imam Muda 2 yang dinyanyikan secara berduet oleh Mawi dan Akhil Hayy.

Memastikan album dihasilkan itu menepati tema dan juga memberi manfaat kepada peminat ia turut disertakan dengan zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang didendangkan Imam Muda 1.

Album Imam Muda Memecah Tradisi kini di pasaran dan boleh didapati di rangkaian Giant, Rock Corner dan Speedy yang berhampiran dengan harga RM19.90 atau anda boleh melayari ke facebook United Studios untuk membuat pembelian secara online.

Kemuncak Imam Muda Musim Kedua menampilkan dua peserta iaitu Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul.

Lapan Imam Muda yang lain ialah Ali, Azlan, Fadli, Fattah, Najdi, Ammar, Mujahid dan Fakhrul menamatkan pengajian mereka di Imam Muda terlebih dahulu.

Imam Muda 2 juga menampilkan dua peserta dari Brunei dan Singapura iaitu Fadli dari Brunei dan Mujahid dari Singapura.

Imam Muda adalah program siri pencarian remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat. Pogram ini diterbitkan Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

0 comments:

There was an error in this gadget

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)