BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Raja Azmi kecewa lagi

SEDIH...Raja Azmi mengesat air mata di pejabat Jawi untuk mendengar keputusan kes khalwatnya sambil diperhatikan Roslin, semalam.
SEDIH...Raja Azmi mengesat air mata di pejabat Jawi untuk mendengar keputusan kes khalwatnya sambil diperhatikan Roslin, semalam.
KUALA LUMPUR: Air mata penerbit filem ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman sekali lagi berjurai tanpa henti selepas dimaklumkan perundingan kes khalwat dia dengan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim ditangguhkan sehingga 22 Ogos ini.
Penangguhan itu disebabkan pegawai pengendali kes berkenaan menghadiri majlis tilawah al-Quran. “Saya benar-benar berharap perkara ini berjalan secepat mungkin sama ada kami berkhalwat atau tidak. Hidup saya memang diselubungi pelbagai perkara sensasi, tapi bila saya diaibkan, saya tidak boleh terima,” katanya di luar pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, sambil mengesat air mata. Tambah beliau perkara itu (siasatan) yang berlarutan selama empat bulan menyebabkan hidupnya tidak tenteram dan mendakwa selagi kes itu tidak diselesaikan dia bergelumang malu.

Semalam Raja Azmi, 52, tiba di pekarangan pejabat itu dengan memakai baju kurung berbunga merah, kira-kira jam 8 pagi ditemani suaminya, Jalani Sidek manakala Roslin, 36, tiba beberapa minit selepas itu. Mereka berada di dalam pejabat Bahagian Penguatkuasaan hampir sejam sebelum keluar dengan wajah hampa. Sebelum ini Raja Azmi, Roslin dan Jailani dipanggil memberi keterangan di hadapan pegawai penyiasat bertugas berhubung laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan mengikut Seksyen 58 sub seksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560). Sementara itu, Roslin yang nyata kecewa dengan perkara itu mempersoalkan mengapa setiap kali tarikh yang ditetapkan untuk mereka hadir setiap kali itu juga pegawai yang mengendalikan kes mempunyai hal lain. “Saya terkilan dengan apa yang berlaku kerana kesabaran saya ada hadnya. Kakitangan bahagian itu hanya cakap dia tidak boleh buat apa-apa dan mengikut arahan saja. “Sampai bila kami perlu tunggu. Kenapa setiap kali tarikh yang ditetapkan pegawai berkenaan tidak ada? ,” katanya. Menurutnya, sehingga tarikh yang akan datang, Jawi akan menyiasat perkara itu sama ada terdapat kes untuk dibawa ke mahkamah syariah atau tidak. Jika ada kes, Raja Azmi dan Roslin boleh didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini jam 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

Pada 20 Ogos tahun sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini, kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)