BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Permohonan online ke UMP meningkat

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatat peningkatan sebanyak 30 peratus bagi permohonan kemasukan secara online ke universiti itu untuk sesi 2011/2012.
Naib Canselornya Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim berkata seramai 1,738 pelajar memohon melanjutkan pengajian di UMP secara online berbanding 1,046 pelajar pada tahun lepas.

"Peningkatan ini hasil daripada penawaran program kejuruteraan yang berdaya saing oleh UMP," katanya kepada pemberita selepas majlis mesra media jom makan durian di sini.
Beliau berkata bagi sesi pengajian yang akan bermula pada 4 Sept itu, seramai 2,208 pelajar telah ditawarkan pengajian dalam 23 program kejuruteraan dan teknologi daripada keseluruhan permohonan berjumlah 15,921.

Daing berkata pengambilan sesi baru itu masih didominasi oleh pelajar perempuan dengan seramai 1,163 orang iaitu 53 peratus berbanding 1,045 pelajar lelaki.


0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)