BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 20, 2011

Sindiket dadah pilih pos laju

GOVINDEN (dua dari kanan) bersama pegawai KDRM
menunjukkan dadah yang
            dirampas pada sidang media di Sepang, semalam.


SEPANG: Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa kini dikesan menjadikan perkhidmatan pos laju (EMS) untuk menyeludup bahan itu ke negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Siasatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mendapati kaedah itu semakin popular, selain murah dan mudah bungkusan terbabit juga melalui pemeriksaan minimum di lokasi ia dihantar yang membabitkan dadah tiruan seperti eramin 5, ketamin dan syabu.

Pengarah KDRM KLIA, Datuk M Govinden, berkata perkara itu terbongkar selepas pihaknya merampas pelbagai jenis dadah termasuk ketamin, syabu, eramin 5, heroin dan ganja seberat 64.37 kilogram (kg) dianggarkan bernilai kira-kira RM5.63 juta sejak Januari lalu, semuanya menggunakan kaedah EMS dalam 15 kes. 

Jumlah itu dianggap peningkatan serius kerana sepanjang tahun lalu, KDRM hanya merekodkan 25 kes rampasan membabitkan dadah seberat 75.7kg bernilai lebih RM12 juta menggunakan kaedah sama. Dalam tempoh kira-kira seminggu lalu, KDRM merampas dadah jenis ketamin dan syabu seberat 7kg yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta serta menahan tiga lelaki berusia 21 tahun, 45 tahun dan 49 tahun dalam dua operasi berasingan kerana dipercayai cuba menyeludup bahan itu ke Malaysia menerusi perkhidmatan EMS di Pusat Mel dan Kurier KLIA di sini. “Kes pertama membabitkan cubaan satu sindiket menyeludup dadah jenis ketamin seberat 4kg dianggar bernilai RM72,000 yang dibongkar selepas pegawai KDRM di Pusat Mel dan Kurier KLIA berasa pelik berikutan beberapa bungkusan hampir sama dipercayai mengandungi lukisan kaligrafi Cina, tetapi dialamatkan kepada dua penerima berbeza Selangor, iaitu di Sepang dan Subang Jaya, pada 13 Julai lalu. “KDRM meminta kebenaran Pos Malaysia yang menyelia pusat mel untuk membuka bungkusan terbabit, sebelum mereka bekerjasama untuk menghantar ke alamat kedua-dua penerimaannya di Sepang dan Subang Jaya. Hasilnya KDRM menahan empat lelaki, sebelum dua daripadanya dibebaskan,” katanya pada sidang media, di sini semalam. Dalam perkembangan sama, Govinden berkata, KDRM juga turut merampas dadah dipercayai syabu dianggar seberat 300 gram dan bernilai kira-kira RM80,000 yang disembunyikan dalam beg pakaian dalam serbuan di kediaman seorang daripada lelaki terbabit di Subang Jaya. 

0 comments:

There was an error in this gadget

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)