BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Pelancong dari Korea Selatan dijangka meningkat E-mel Artikel

SEOUL: Jumlah pelancong dari Korea Selatan ke Malaysia tahun ini disasarkan meningkat kepada 300,000 berbanding 264,000 yang di catat tahun lepas.
Pengarah Tourism Malaysia di Korea Mohd Amirul Rizal berkata jangkaan peningkatan sebanyak 20 peratus itu dibuat berdasarkan hubungan erat yang terjalin antara dua negara hasil lawatan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 19 Julai dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak April lepas.

"Walaupun suku pertama tahun ini mencatat penurunan jumlah pelancong sebanyak 12 peratus ekoran kebimbangan pelancong dengan kejadian gempa bumi di Jepun, kami menjangkakan ia akan kembali meningkat bermula pertengahan tahun ini.
"Kami yakin ia mampu dicapai dengan hubungan erat yang kini terjalin hasil lawatan dua pemimpin besar negara dalam tempoh empat bulan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata peningkatan itu juga didorong dengan penambahan jumlah penerbangan terus dari dua negara termasuk penerbangan AirAsia X bermula November tahun lepas.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)