BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Kes Teoh Beng Hock: Orang ramai perlu yakin keputusan suruhanjaya - TIM

PUTRAJAYA: Orang ramai perlu yakin dan percaya dengan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat berhubung punca kematian Teoh Beng Hock kata Presiden Transparency International-Malaysia (TIM), Datuk Paul Low.
"Kita perlu yakin dan percaya dengan keputusan suruhanjaya berkenaan kerana ia dianggotai mereka yang berintegriti," katanya kepada pemberita ketika ditemui
pada Bengkel Sistem Integriti Korporat Malaysia di sini hari ini.

Suruhanjaya berkenaan memutuskan kematian Teoh, setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, adalah akibat perbuatan membunuh diri.
Mayat Teoh, ditemui di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingat 14 bangunan itu. 

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding di depan panel lima anggota diketuai Hakim Mahkamah
Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen. -Bernama

0 comments:

There was an error in this gadget

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)