BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

‘Sakit masih terasa’

SEBESAR mana peluang untuk negara menikmati kejuaraan pertama Kejohanan Dunia di London Ogos depan masih tidak diketahui selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui belum 100 peratus bebas daripada kecederaan belakang yang dialaminya di Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah minggu lalu.
Chong Wei yang ditemui selepas menandatangani perjanjian pelantikannya sebagai Duta Kolej KDU di Damansara bagaimanapun berkata kecederaan yang dialaminya itu tidak serius.

“Persiapan ke Kejohanan Dunia tidak terganggu walaupun saya belum pulih sepenuhnya. Tapi masih ada rasa sakit belakang dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi,” kata Chong Wei yang dilantik sebagai duta Kolej KDU selama dua tahun bermula bulan ini.
“Apapun saya harap sakit belakang ini segera pulih sebelum ke Universiti Bath, United Kingdom (UK).” Dalam pada itu Chong Wei mendedahkan mula merasai kesakitan belakang pada aksi di Terbuka Indonesia tapi enggan menjejaskan status kejohanan Siri Super Premier itu dengan menarik diri.

“Sebenarnya saya sakit ketika di Jakarta lagi dan tindakan saya menyertai Terbuka Kedah semata-mata untuk menjalani latihan dan memberi peluang pemain remaja menentang saya. Sebab itu saya menarik diri di separuh akhir selepas rasakan tidak mampu untuk memaksa diri lagi,” kata Chong Wei.

Chong Wei mengakui pengalaman terakhir menewaskan Lin Dan di final Seluruh England Mac lalu tidak boleh menjadi ukuran.
“Saya jangka dapat menentangnya di final Terbuka Indonesia tapi tak menjadi. Kekuatan saya ataupun dia di Seluruh England tidak boleh dijadikan ukuran kerana pasti banyak peningkatan yang dicapainya dalam tempoh empat bulan ini.

“Saya hanya mahu tumpukan pada permainan saya sambil jurulatih dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) akan menilai permainan Lin Dan pada pusingan awal Kejohanan Dunia.” Chong Wei enggan terlalu memberi perhatian kepada Lin Dan kerana baginya pemain bukan pilihan seperti Kazushi Yamada dan Sho Sasaki dari Jepun boleh mencipta kejutan.

Malah dia enggan terpedaya dengan rekod cemerlang sepanjang tahun ini yang menyaksikan hanya satu kekalahan di alami iaitu di Terbuka Korea.

Acara menandatangani perjanjian itu dibuat antara Chong Wei dengan Pengerusi Eksekutif KDU Datuk Teo Chiang Quan sambil disaksikan Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Al Amin Ab Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif KDU, Datin Teh Geok Lian.

Sementara itu, Chiang Quan berkata, pelantikan Chong Wei sebagai duta semata-mata untuk memberi inspirasi kepada pelajar kolej itu melakar kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan 'Raja Siri Super' itu tidak akan dibebani dengan tugas mempromosi program pelajaran kolej itu.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)