BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Persimpangan bertingkat waijb dinaik taraf

PETALING JAYA: Kesesakan trafik yang membelenggu pengguna jalan raya di Persimpangan Bertingkat Kewajipan berhampiran Lebuhraya Kesas di sini dijangka selesai menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata ini berikutan kerja menaik taraf persimpangan itu membabitkan kos RM62 juta akan bermula hujung bulan ini dan dijangka siap menjelang hujung tahun depan.

Syarikat pemaju hartanah Sunway Group telah bersetuju membiayai pembinaan jambatan bertingkat berhampiran persimpangan itu membabitkan kos RM40 juta dan kerajaan pusat akan membiayai pembinaan lorong pusingan U di tiga kawasan utama iaitu di Km37.5 Jalan Tujuan, Km40.3 Plaza Tol Sunway dan Tanjakan B Jambatan Tujuan, membabitkan RM22 juta, katanya.
Shaziman berkata beliau menerima aduan bahawa kesesakan trafik di persimpangan itu adalah sehingga empat kilometer pada waktu puncak pada sebelah pagi (7 pagi hingga 9 pagi) dan sebelah petang (5 petang hingga 7 malam) dengan jumlah trafik sekitar 18,000 untuk satu-satu masa.

"Ini satu jumlah trafik yang terlalu besar," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan trafik di persimpangan berkenaan di sini, hari ini.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)