BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Kastam tahan warga Nigeria, rampas dadah RM2 juta

NILAI: Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup dadah yang dipercayai syabu seberat 8 kilogram bernilai RM2 juta, selepas menahan seorang lelaki warga Nigeria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Timbalan Pengarahnya Liah Omar berkata suspek yang berumur 25 tahun itu kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek tiba di KLIA daripada Dubai menaiki penerbangan Emirates Airline pada kira-kira pukul 11.53 malam. Dia membawa beg pakaian dan pemeriksaan rapi ke atas beg tersebut kita menemui enam buah buku tebal," katanya pada sidang akbhar di pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jinjan dekat sini, hari ini.
Katanya apabila buku tersebut diperiksa mendapati setiap helian muka surat sukar untuk diselak dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati buku-buku tersebut telah ditebuk dibahagian tengah dan digam begitu rapi.

Katanya setelah dikoyak helian muka surat buku-buku tersebut dijumpai bahan kristal jernih dalam ke enam buah buku tersebut.

"Ujian awal yang dilakukan ianya menunjukan positif dadah jenis syabu (methamphetamine). Anggaran berat kasar dadah tersebut seberat 8 kilogram dengan anggaran nilai pasaran RM2 juta," katanya.
Liah berkata siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur dan mula memasuki negara ini pada tahun 2008.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)