BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Nicol harap tuah aksi gelanggang kegemaran

DATUK Nicol David harap tuah beraksi di gelanggang kaca yang amat digemarinya menghadirkan laluan lebih mudah ketika berdepan pemain England, Laura Massaro di suku akhir, hari ini.
Selepas berakhir pusingan pertama di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam, saingan seterusnya bermula dengan suku akhir akan berlangsung di The Curve.

Nicol yang mengatasi pemain Australia, Donna Urquhart 11-7, 11-6, 11-4 akan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut menentang Massaro yang menewaskannya di Cleveland Classic, Februari lalu.
“Donna memberi saingan sengit di set pertama tapi saya berjaya mengawal keadaan sehingga dia banyak melakukan kesilapan di set ketiga, memudahkan lagi kerja saya,” kata Nicol mengenai perlawanan pusingan pertama.

Ditanya mengenai cabaran suku akhir menentang Laura, pemain ranking ketujuh dunia yang pernah menewaskannya, Nicol yakin bersedia menghadapi cabaran pemain itu, tapi tetap berhati-hati.

“Esok (hari ini) saingan akan berpindah ke gelanggang kaca dan saya amat gemar bermain di gelanggang kaca. Semoga segala-galanya berjalan lancar,” kata Nicol.
Kemaraan Nicol gagal diikuti dua lagi pemain wanita negara. Low Wee Wern masih bukan tandingan pemain nombor dua dunia Jenny Duncalf dari England apabila tewas 5-11, 9-11, 10-12.

Delia Arnold pula gagal mengatasi pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy apabila tunduk 12-10, 11-7, 6-11, 9-11, 3-11.

Turut mara, juara bertahan lelaki, Mohd Azlan Iskandar. Azlan menewaskan pemain remaja negara Kamran Khan 11-5, 12-10, 11-7 dan akan berdepan Aamir Atlas Khan dari Pakistan di suku akhir hari ini.

Ong Beng Hee mara ke suku akhir selepas menewaskan Ryan Cuskelly dari Australia 11-6, 11-9, 11-5. Dia akan berdepan pilihan utama dari Perancis Gregory Gaultier yang mengatasi seorang lagi pemain negara Nafiizwan Adnan 11-3, 11-3, 11-2.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)