BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Langkawi Geopark akan dinilai untuk disambung

LANGKAWI: Dua pegawai Unesco akan ke Langkawi bagi menilai semula Langkawi Geopark untuk menyambung statusnya sebagai geopark sehingga 2015.
Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Ramizi Hasan berkata Langkawi Geopark diisytihar oleh Unesco Global Geopark Network sebagai geopark ke-52 pada 1 Jun 2007.

"Pegawai-pegawai Unesco akan berada di sini selama empat hari mulai 25 Julai ini," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata mereka akan dibawa melawat beberapa tempat seperti kereta kabel, Sungai Kilim dan mendengar taklimat mengenai kejayaan Langkawi Geopark.

"Banyak kejayaan telah dicapai sejak Geopark diisytihar termasuk peningkatan kemasukan pelancong ke Langkawi," katanya.

Ramizi berkata beberapa aspek akan dinilai seperti sosioekonomi, pelancongan dan pemuliharaan keindahan.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)