BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

90 peratus liputan selular di Sarawak tahun ini

KUCHING: Respons kecemasan di Sarawak dijangka lebih baik beikutan sasaran liputan selular 90 peratus di kawasan pedalaman dan lebuh raya pada tahun ini.
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop berkata setakat ini, sebanyak 84 peratus kawasan di Sarawak mendapat liputan selular dan untuk meningkatkan lagi liputan, pembinaan menara telekomunikasi akan ditambah.

"Sebanyak 200 menara pemancar telekomunikasi akan dibina di Sarawak tahun ini," katanya pada Hari Terbuka Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 di sini hari ini.
Ahmad Nor Hisham berkata dengan ada liputan selular lebih meluas, panggilan kecemasan akan mudah dibuat di mana-mana tempat yang mempunyai liputan di negeri ini dan membolehkan pihak berkuasa terbabit yang menerima panggilan kecemasan untuk bertindak lebih pantas.

Beliau bagaimanapun berkata cabaran terbesar dihadapi sekarang ialah panggilan palsu ke talian 999 yang kini semakin membimbangkan.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)