NICOL akur misi pertahan mahkota tambah sengit.
Jaguh dunia anggap Terbuka Malaysia kali ini lebih mencabar
MEMBURU gelaran kali ketujuh berturut-turut di Kejohanan CIMB Terbuka Malaysia yang akan memulakan saingannya, hari ini, Nicol Ann David akur betapa cabaran yang bakal ditempuh tahun ini kelihatan lebih sukar.
“Semua pemain juga memberi aksi terbaik mempamerkan kualiti permainan lebih baik kerana semua berusaha menjadi lebih bagus pada setiap masa,” katanya yang kali terakhir bertemu Urquhart pada pusingan separuh akhir Terbuka Cayman, April lalu.
Nicol, 28, juga berkata kemenangan bukan mudah untuk dimilikinya dan itu membantunya bekerja lebih keras mengharungi cabaran tersebut.
Kategori lelaki menyaksikan pemain nombor enam dunia, Gregory Gaultier yang diletakkan sebagai pemain pilihan utama membuat penampilan sulungnya pada Terbuka Malaysia.
Pemain Perancis itu dijangka bertemu pemain negara, Ong Beng Hee pada pusingan suku akhir, Khamis ini di The Curve.
0 comments:
Post a Comment