BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Emelda jadi isteri kedua

SUDAH lama tidak mendengar khabar dari wanita bertubuh kecil molek ini. Agak lama juga peminat tidak melihat dia beraksi di kaca TV.
Pastinya dengan kemunculan Emelda Rosmila dalam drama bersiri terbaru yang akan ditayangkan tidak lama lagi akan menjadi pengubat rindu peminatnya. 
Emelda sinonim dengan watak baik, kali ini membawa kelainan dengan memegang watak antagonis dalam drama bersiri Obor-obor yang akan disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam di TV2.

Secara saintifik, obor-obor walaupun kecil mampu membunuh haiwan akuatik yang besar darinya dengan hanya satu sengatan. Ada obor-obor yang mampu membawa maut, ada juga yang hanya menyebabkan rasa gatal dan kemerah-merahan pada kulit. Sesiapa yang terkena sengatan obor-obor paling berbisa akan mati dalam masa 15 minit.

Bagi spesies obor-obor Physalia, sengatannya akan menyebabkan mangsa seolah-olah terkena renjatan elektrik mengakibatkan mangsa tidak akan dapat bergerak dan mungkin lemas ketika berada di laut.

Sengatan berbisa obor-obor itu sama dengan watak Betty yang dilakonkan Emelda. Betty digambarkan sebagai wanita yang sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan apa yang dihajatinya terutama sekali lelaki untuk menjadi suaminya,
Betty adalah isteri kedua Herman, lakonan Arash Mohd. Madunya, seorang mualaf lakonan Janet Khoo bernama Izy. Mulanya, Izy menentang keras kemahuan Herman untuk memperisterikan Betty, tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak suaminya.

Seperti kebanyakan suami yang ingin beristeri dua, Herman berjanji Izy akan tetap menjadi keutamaan dan cintanya terhadap Izy tidak akan pernah berubah.
Akhirnya, Herman berkahwin dengan Betty dan bermulalah hidup Izy yang sering dirundung malang kerana sikap Herman yang mementingkan isteri mudanya.

Lebih melukakan hati Izy apabila anak lelakinya, Chad (Zain Saidin) menyokong tindakan ayahnya berkahwin lain kerana berpendapat Herman layak berkahwin lagi dengan kekayaan yang ada.

Chad sanggup membelakangi perasaan ibunya kerana dia menyangka apabila berpihak pada ayahnya, segala kekayaan akan diwariskan kepada dirinya.

Hanya anak perempuannya, Dinia (Almy Nadia) tempat mengadu dan berkongsi lara hatinya yang terpaksa berdepan dengan sikap Betty yang pandai berpura-pura.

Dinie faham perasaan ibunya yang dimadukan namun tidak terdaya berbuat apa-apa. Dia yang masih belajar hanya mampu menjadi pendengar setia setiap kali ibunya meluahkan perasaan sedangkan dalam hatinya begitu menentang tindakan ayahnya.

Betty semakin menjadi-jadi apabila sanggup memerangkap Chad jatuh ke tangannya. Dia mempergunakan Chad demi kepentingan diri sendiri. Chad dipergunakan untuk memporak-perandakan keluarga Izy apatah lagi Chad mudah diumpan dengan sedikit perhatian dan sikapnya yang materialistik.

Kemuncak drama ini apabila Herman menceraikan Izy tanpa usul periksa. Herman menjadi ‘buta’ dan tidak mampu melihat kebenaran sebaliknya melihat semua masalah berpunca dari Izy.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)