BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 20, 2011

Barang kemas lesap lepas nikah

SUBANG JAYA: Kegembiraan satu keluarga menyambut ahli keluarga baru selepas selesai majlis pernikahan menjadi sebaliknya apabila mendapati semua barang kemas dan wang tunai dianggarkan berjumlah lebih RM100,000 yang disimpan dalam sebuah bilik khas di rumah keluarga berkenaan di USJ 12 di sini, lesap, Sabtu lalu.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 11.30 malam apabila ibu pengantin yang berusia 55 tahun pergi ke bilik berkenaan untuk mengambil beg tangannya dan terkejut mendapati semua barang diletakkan dalam bilik itu hilang.

Menurut sumber, sebelum kejadian, semua barang kemas dan wang tunai itu diletakkan dalam sebuah bilik khas di tingkat atas rumah berkenaan.
Katanya, majlis perkahwinan itu bermula kira-kira jam 8 malam dengan kehadiran tetamu jemputan serta sanak-saudara dan akad nikah berlangsung kira-kira jam 9.30 malam sebelum diikuti majlis makan malam.

“Ada kemungkinan mereka yang melakukan perbuatan itu menyusup masuk ke bilik berkenaan untuk melarikan pelbagai barang kemas dan wang tunai itu kerana ketika kejadian, ahli keluarga pengantin sibuk melayan tetamu,” katanya.

Beliau berkata, sebaik menyedari kehilangan barang kemas dan wang tunai berkenaan, mangsa cuba bertanyakan ahli keluarga lain tetapi tiada siapa yang mengetahuinya.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)