BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, August 22, 2011

lawak suami isteri: alasan yang paling bernas


Suatu hari di Mahkamah, sepasang suami isteri sedang bergaduh mengenai kes penceraian mereka. Seperti biasa, tak lain dan tak bukan ialah kes penjagaan anak mereka. Mereka berdua mahu dapatkan hak penjagaan anak dan terjadinya perbincangan siapa yang lagi layak.
Masalah penjagaan anak ialah satu kes yang sangat rumit dan yang menang sahaja yang dapat duit di mahkamah itu.
Si Isteri memberi alasan kenapa beliau layak mendapat hak penjagaan anak itu.
” Yang berhormat, saya sangat layak kerana sebagai ibu saya telah mengandung dan melahirkan mereka. Saya lebih banyak berkorban kepada mereka. Saya layak menjaga mereka”.
Selepas itu, tuan hakim memberi peluang pula kepada Si Suami untuk memberi alasan beliau untuk mendapat hak penjagaan mereka.
Si suami terdiam sebentar sambil berfikir alasannya untuk membalas kenyataan si isteri. Selepas 5 minit terdiam, si suami perlahan bangun dan berkata kepada tuan hakim.
“Tuan Hakim, saya cuma ada satu soalan. Kalau saya ingin membeli air pepsi dari Mesin Penjual (Vending Machine), saya cume perlu masukkan duit dan air pepsi itu pun akan keluar..
Hmm persoalannya ialah adakah air pepsi tersebut milik saya atau mesin itu?”
Tuan Hakim berehat sebentar kerana penat memikirkan kenyataan tersebut.

cerita lawak: kisah suami isteri (cerita sedih)

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!

lawak lucah: pengalaman malam pertama


Seorang ibu duduk di meja makan bersama 3 org anak perempuannya yang baru berkahwin semalam dan telah menjalani mlm pertama mereka. Ibunya bertanya kepada mereka :
Ibu: Semalam mak dengar kau ketawa dlm bilik, kenapa?
Anak Sulung: Kan mak pesan, kalau suka, kena ketawa.
Ibu: Kau pulak mak dengar menangis, kenapa?
Anak Kedua: Kan mak pesan, kalau sakit, nangis je.
Ibu: Yg kau pulak, mak tak dengar apa2 pun, knapa diam?
Anak Ketiga: Ishh, kan mak pesan, kalau mulut penuh, jgn cakap.

Kisah Isteri Yang Terlampau


Hadi sedang nazak dan hampir meninggaL..
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi..
Hadi : 'Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu..'
Isteri : 'Iya, bang.. cakaplah..'
Hadi : 'Aku mau kau kahwin dengan Harun..'
'Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?' dengan terkejut isterinya bertanya.
'Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..'
==============================================
MORAL: Bila berumahtangga, jangan jadikan pasangan anda menderita akibat perbuatan anda yang melampau.

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)