BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 22, 2011

lawak suami isteri: alasan yang paling bernas


Suatu hari di Mahkamah, sepasang suami isteri sedang bergaduh mengenai kes penceraian mereka. Seperti biasa, tak lain dan tak bukan ialah kes penjagaan anak mereka. Mereka berdua mahu dapatkan hak penjagaan anak dan terjadinya perbincangan siapa yang lagi layak.
Masalah penjagaan anak ialah satu kes yang sangat rumit dan yang menang sahaja yang dapat duit di mahkamah itu.
Si Isteri memberi alasan kenapa beliau layak mendapat hak penjagaan anak itu.
” Yang berhormat, saya sangat layak kerana sebagai ibu saya telah mengandung dan melahirkan mereka. Saya lebih banyak berkorban kepada mereka. Saya layak menjaga mereka”.
Selepas itu, tuan hakim memberi peluang pula kepada Si Suami untuk memberi alasan beliau untuk mendapat hak penjagaan mereka.
Si suami terdiam sebentar sambil berfikir alasannya untuk membalas kenyataan si isteri. Selepas 5 minit terdiam, si suami perlahan bangun dan berkata kepada tuan hakim.
“Tuan Hakim, saya cuma ada satu soalan. Kalau saya ingin membeli air pepsi dari Mesin Penjual (Vending Machine), saya cume perlu masukkan duit dan air pepsi itu pun akan keluar..
Hmm persoalannya ialah adakah air pepsi tersebut milik saya atau mesin itu?”
Tuan Hakim berehat sebentar kerana penat memikirkan kenyataan tersebut.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)