BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Thailand anggap Malaysia pilihan

SAMA ada benar-benar berbentuk pujian ataupun sekadar muslihat, Thailand pantas melabel skuad sepak takraw lelaki negara sebagai antara pasukan pilihan utama pada saingan Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) yang membuka tirainya semalam di Stadium Titiwangsa.
Alasan pasukan dari negara Gajah Putih itu, kelebihan pasti memihak kepada skuad negara apabila beraksi di halaman sendiri sekali gus bakal menerima sokongan padu dari penyokong tuan rumah.

“Sudah tentu mana-mana pasukan yang menjadi tuan rumah akan mempunyai kelebihan, begitu juga dengan Malaysia pada saingan ini.
“Mereka dapat berehat selama dua hari selepas mendapat 'bye', tetapi bagi saya mana-mana pasukan yang menjadi tuan rumah, mereka sememangnya berhak untuk memperoleh laluan mudah pada pusingan awal,” kata ketua jurulatih Thailand, Kamol Tankimhong ketika ditemui semalam.

Laluan berbeza dilalui skuad negara dengan seteru utama mereka itu apabila Thailand perlu bersaing pada peringkat kumpulan untuk memastikan tempat ke pusingan kedua sementara skuad negara mendapat 'bye' sekali gus layak automatik ke pusingan kedua.

Yang pasti, Thailand sudah memberikan amaran awal kepada semua pasukan yang bertanding apabila mudah menundukkan Filipina 15-7, 15-4, 15-6 pada aksi pertama kedua-dua pasukan di peringkat kumpulan semalam.


“Corak permainan kami agak terganggu hari ini (semalam) kerana perlawanan bermula lambat dari jadual yang sepatutnya. Setiap pemain pula sedang mencari rentak dan agak tidak selesa ketika bermain kerana suhu sejuk di dalam stadium.

“Semua pasukan termasuk kami juga sedang berusaha menyesuaikan diri dengan sistem kiraan 15 mata berbanding 21, jadi segala-galanya agak baru bagi kami semua,” kata Tankimhong.

Selepas mudah menundukkan Filipina, Thailand akan turun pada perlawanan kedua menentang Bangladesh hari ini.

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)