BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Samsung tingkat hadiah peraduan

SAMSUNG Malaysia Electronics memutuskan untuk meningkatkan hadiah utama pemenang peraduan Samsung-Chelsea ke Liga Perdana Inggeris 2011/12 di United Kingdom.
Hadiah asal ditawarkan adalah tiket di bangku pemain simpanan pada perlawanan persahabatan Chelsea-Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 21 Julai.

Peningkatan hadiah itu, dengan ihsan Samsung Malaysia Electronics turut termasuk tiket kapal terbang serta penginapan.

Ikuti temubual dengan pemenang peraduan, Muhammad Ashraf Noorazwan, 23.

Soalan: Apa yang menyebabkan anda memutuskan untuk menyertai peraduan ini dan adakah anda fikir anda berpeluang untuk menang?

Ashraf:
Saya mahu membeli telefon bimbit baru dan secara kebetulan Samsung turut melancarkan promosi ini menyebabkan saya memutuskan untuk membeli telefon bimbit Samsung. Saya tidak pernah terfikir akan menjadi seorang daripada pemenang Hadiah Utama, saya hanya mahu mencuba nasib. Saya bagaikan tidak percaya apabila dihubungi memaklumkan saya pemenang Hadiah Utama! Saya tidak pernah memenangi apa-apa sepanjang hidup saya, terutama sesuatu yang besar seperti ini!


S: Adakah anda pengguna Samsung?

A:
Tidak. Sebelum ini saya adalah pengguna Nokia.


S: Apa yang menyebabkan anda tiba-tiba memutuskan untuk membeli produk Samsung?

A:
Saya secara tidak langsung bercadang membeli telefon bimbit baru. Awalnya, saya mahu membeli Samsung Galaxy S II yang baru. Akhirnya, saya membeli Galaxy Ace kerana promosi ini dan pada masa sama saya adalah peminat setia Chelsea. Bagi saya, ini seperti pakej bonus berganda!


S: Produk Samsung mana yang menjadi pilihan anda dan kenapa anda memilih produk itu bukannya produk Samsung lain yang ditawarkan?

A:
Samsung Galaxy Ace. Saya memilihnya kerana ia menggunakan platform Android yang saya cari-cari selama ini.


S: Bagaimana penggunaan produk ini setakat ini? Adakah anda gembira prestasinya?

A:
Telefon ini memang bagus, terutama kerana ia menggunakan platform Android.


S: Adakah anda akan membeli lebih banyak produk Samsung pada masa depan?

A:
Saya akan mempertimbangkan satu lagi telefon Samsung kerana yang pertama saya beli membolehkan saya menerima kunjungan fantastik ke England untuk menyaksikan Liga Perdana Inggeris! Siapa tahu apa yang saya boleh menangi jika membeli satu lagi telefon Samsung!


S: Bagaimana anda mengetahui mengenai peraduan ini?

A:
Menerusi surat khabar. 

0 comments:

Rakan Baik (:

Sukaa lagu nii :)